Dasar Privasi

DASAR PRIVASI YAKULT GLOBAL CHALLENGER

Para pelanggan yang dihargai,

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 telah dikuatkuasakan pada 15 November 2013 oleh kerajaan untuk mengawal selia pemprosesan data termasuk pengumpulan, rekod, pemegangan atau penyimpanan data peribadi, serta pengendalian data peribadi bagi tujuan transaksi komersial untuk melindungi kepentingan subjek data. Namun di bawah Akta tersebut, ia tidak menghalang pihak berkaitan untuk memproses data selagi pemprosesan dilakukan secara sah dengan mematuhi prinsipnya. Kami, YAKULT GLOBAL CHALLENGER bawah YAKULT (MALAYSIA) SDN. BHD. komited mengeluarkan notis tentang hak anda sebagai pelanggan mengenai data peribadi anda yang sedang diproses, dikumpul bagi pemprosesan selanjutnya oleh kami, dan tujuan pemprosesan data tersebut.

Selaras dengan penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) 2010, kami ingin memastikan data peribadi anda dikendali serta dipelihara dengan betul untuk kepentingan anda. Nama, nombor telefon, nombor kad pengenalan, alamat e-mel dan maklumat lain yang anda berikan HANYA untuk tujuan yang dinyatakan dan tidak akan didedahkan untuk tujuan lain.

Sila baca Notis Privasi ini untuk memahami bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi yang dikumpul dari anda. Dengan mengemukakan Maklumat Peribadi anda kepada kami, anda bersetuju dengan Notis Privasi ini, serta pengumpulan, akses, pemindahan, penggunaan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat peribadi anda.

Data peribadi yang telah dikumpul dari anda sedang, dan akan terus digunakan bagi tujuan berikut:

  1. Memproses pendaftaran keahlian anda
  2. Mengendali akaun anda
  3. Mengemas kini status anda sebagai Ahli
  4. Memberi perkhidmatan pelanggan yang lebih baik
  5. Memproses transaksi pembayaran
  6. Melakukan kajian pasaran
  7. Untuk tujuan pentadbiran dan/ atau pemasaran termasuk penyertaan anda dalam aktiviti dan/ atau peraduan anjuran kami
  8. Menjawab pertanyaan anda melalui panggilan telefon, e-mel, surat atau melalui platform media sosial (Facebook, Twitter, Instagram dsb.)
  9. Menghantar surat berita kepada pelanggan
  10. Memastikan, mengemas kini dan memperbaiki rekod anda
  11. Memenuhi permintaan anda
  12. Meningkatkan pengalaman pelanggan mengikut kesesuaian peribadi
  13. Berhubung dengan anda berkaitan produk dan perkhidmatan kami
  14. Tujuan analisis dalaman
  15. Berkongsi maklumat tentang produk dan perkhidmatan yang kami sediakan untuk memenuhi keperluan anda
  16. Digunakan sebagai sasaran pelanggan melalui platform pihak ketiga (media sosial, Google, SMS) untuk menyampaikan maklumat yang relevan dengan anda

Data peribadi anda adalah sulit namun data anda mungkin akan didedahkan ke pihak berikut untuk tujuan yang dinyatakan seperti di atas:

  • Agen, pembekal perkhidmatan dan/ atau subkontraktor Yakult Malaysia
  • Atau/ dan mana-mana individu yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang atau pihak berkuasa
  • Semua pihak di atas harus melindungi data peribadi sulit yang diterima

Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan, akses dan pembetulan Data Peribadi anda, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami di 1800-88-8960 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin-Jumaat) atau melalui Borang Pertanyaan di laman sesawang kami.

Kami mungkin mengubah Notis Privasi ini dari semasa ke semasa dan jika terdapat sebarang pindaan, ia akan dikemaskini di laman sesawang kami selaras dengan APDP.