Info YGC

Latar Belakang

Sekolah Yakult Global Challenger (YGC) ialah satu platform yang ditubuhkan sejak tahun 2021, khusus untuk memberi penekanan kepada pendidikan kesihatan, sains sukan dan Yakult serta mengembangkan potensi anak-anak tempatan di peringkat akar umbi dalam bidang bola sepak.

Sekolah YGC telah diilhamkan oleh Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada dengan harapan agar sukan bola sepak negara dapat dipergiatkan seawal usia muda dengan penglibatan ibu bapa menerusi sesi latihan dan beberapa siri program yang menarik. Penyertaan aktif bersama Sekolah YGC memberi peluang keemasan kepada peserta untuk mempamerkan bakat dalam aktiviti bola sepak anjuran Yakult Malaysia di negara bahkan juga ke peringkat antarabangsa.

Berfokuskan program pembangunan bola sepak secara menyeluruh, semua ahli dewasa serta kanak-kanak atau remaja akan mengikuti pelbagai modul pembelajaran yang telah dirangka khas dengan kerjasama rakan industri kami seperti Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negara (MSN) serta Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP). Usaha yang dijalankan ini bukan sahaja bertujuan melahirkan calon yang berpotensi menyumbang ke arah kemajuan bola sepak negara, malahan turut dilengkapi ilmu tambahan yang diperlukan oleh seseorang ahli sukan yang berjaya.

Detik istimewa pemain-pemain beraksi bersama YGC

Logo YGC